SETIU: Meniti usia senja dengan kudrat semakin terbatas, kehidupan sepasang suami isteri warga emas di Kampung Seri Kenangan di sini, kini hanya terarah kepada penjagaan anak lelaki bongsu mereka yang koma, sejak terlibat kemalangan jalan raya empat tahun lalu. Dugaan menimpa Mohamad Fadil Samsudin, 30, atau dipanggil Ucu mengubah sepenuhnya kehidupan keluarga selepas mengalami kecederaan parah di kepala ketika pulang dari tempat kerja di Johor Bahru, Johor pada April 2022.…










