KUALA LUMPUR: Tuntutan harta sepencarian selepas bercerai yang tertangguh lebih 10 tahun merupakan antara dilema dialami umat Islam di negara ini berikutan penangguhan kes di mahkamah syariah. Isu kelewatan penyelesaian kes di mahkamah syariah bukan perkara baharu khususnya melibatkan tuntutan harta sepencarian, hak penjagaan anak dan nafkah. Situasi itu menimbulkan kesukaran kepada pihak terlibat terutamanya golongan ibu tunggal dan anak-anak, seterusnya menafikan hak mereka untuk memperoleh keadilan dalam tempoh munasabah.…










