Kos bina rumah melonjak hingga 15 peratus

Kos bina rumah melonjak hingga 15 peratus

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah (dua dari kanan) bersama Muhsin Abdul. Ghani (dua dari kiri) menunjukkan replika cek sumbangan kepada  Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM Kelantan) pada Majlis Perasmian Ekspo Bina Rumah 2026 di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kenaikan harga diesel yang mencecah RM4.97 seliter memberi tekanan besar kepada industri pembinaan kediaman apabila kos keseluruhan pembinaan rumah dilaporkan meningkat sehingga 15 peratus di seluruh negara.

Presiden Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM), Dr. Muhsin Abdul Ghani berkata, peningkatan itu melibatkan kos pembinaan, bahan binaan dan harga jualan rumah sekali gus menambah beban kepada pembeli serta pemaju.

Katanya, ketika ini kos membina rumah di atas tanah sendiri di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang mencecah RM250 hingga RM300 setiap kaki persegi berbanding RM170 hingga RM180 satu kaki persegi di Kelantan.

“Kenaikan harga ini menyebabkan ada pelanggan mula menangguhkan hasrat membina rumah kerana bimbang kos terus meningkat. Apabila harga sudah naik, kebiasaannya ia sukar turun semula,” katanya selepas selepas majlis Ekspo Bina Rumah 2026 di Tunjong, di sini hari ini yang dirasmikan oleh

Mushin berkata, kemampuan memiliki rumah di Kuala Lumpur dan Lembah Klang kini semakin mencabar sehingga sukar lagi dikategorikan sebagai mampu milik.

Katanya, PKPM mencadangkan kerajaan mempertimbang pengecualian cukai pendapatan kepada individu yang mahu membina rumah di atas tanah sendiri bagi merancakkan semula sektor pembinaan kediaman.

“Langkah ini bukan sahaja membantu rakyat memiliki rumah, malah mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara,” ujarnya.

Menurut beliau, ketika ini ramai pemaju berdepan kemerosotan perniagaan antara 30 hingga 50 peratus susulan kenaikan kos dalam industri pembinaan.

“Setakat ini belum ada laporan pemaju gulung tikar, namun kebanyakan mereka sedang bergelut untuk terus bertahan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN