Kejohanan Pekema Golf President’s Cup Ke-12 sedia hadiah keseluruhan cecah RM500,000

Kejohanan Pekema Golf President’s Cup Ke-12 sedia hadiah keseluruhan cecah RM500,000

Mohamed Nazari (tiga dari kanan) bersama dua model kenderaan Dongfeng.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Tawaran hadiah lebih lumayan sehingga mencecah RM500,000 menjadi tarikan utama edisi ke-12 Pekema Golf President’s Cup anjuran Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) tahun ini.

Presidennya, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, peningkatan nilai hadiah kira-kira RM100,000 berbanding tahun lalu itu termasuk empat ganjaran ‘hole-in-one’ berupa kenderaan jenama Dongfeng yang dibawa khas oleh anak syarikat Pekema pada kejohanan yang akan berlangsung pada Julai ini di Palm Garden Golf Club Putrajaya.

“Keseluruhan hadiah yang ditawarkan tahun ini adalah sebanyak RM500,000, meningkat berbanding sekitar RM350,000 hingga RM400,000 tahun lalu.

“Lebih menarik, kita menawarkan empat hadiah hole-in-one iaitu dua model Box, satu model Vigo (SUV bersaiz sederhana) dan sebuah model premium Dongfeng 007 berprestasi tinggi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, kejohanan yang memasuki edisi ke-12 itu dijangka menarik lebih ramai penyertaan dengan sasaran melebihi 120 kumpulan (fligh) berbanding kira-kira 100 flight tahun lalu.

Mohamed Nazari berkata, setakat ini, pihaknya telah menerima lebih 50 tempahan dan masih ada ruang untuk mencapai sasaran lebih 120 flight iaitu sekitar kira-kira 480 peserta.

Menurutnya, selain pertandingan golf, penganjuran itu turut membawa nilai tambah menerusi sumbangan kepada kebajikan bekas atlet negara.

“Kita mengenal pasti 10 bekas atlet untuk menerima sumbangan sebanyak RM3,000 setiap seorang sebagai tanda penghargaan terhadap jasa mereka mengharumkan nama negara,” katanya.

Tambahnya, kejohanan itu juga berperanan sebagai platform jaringan perniagaan yang menghimpunkan pelbagai pihak termasuk pemain industri automotif, perbankan, insurans serta rakan antarabangsa.

“Penyertaan terbuka kepada pemain amatur sahaja dan ia menjadi medan terbaik untuk mengeratkan hubungan serta membuka peluang kerjasama perniagaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN