Pesawat haji ambil langkah berjaga-jaga mendarat di Muscat

Isu teknikal: Pesawat jemaah haji ambil langkah berjaga-jaga mendarat di Muscat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Penerbangan MH8110 yang membawa 278 jemaah KT051 mengambil langkah berjaga-jaga mendarat di Lapangan Terbang Muscat, Oman berikutan isu teknikal pesawat.

Lembaga Tabung Haji (TH) berkata, pesawat itu selamat mendarat di lapangan terbang itu pada pada 4.11 petang waktu tempatan.

Katanya, semua 278 jemaah haji berada dalam keadaan selamat dan pihak keluarga mereka tidak perlu risau dengan situasi tersebut. 

“KT051 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Isnin, 4 Mei 2026, pukul 2.06 petang waktu Malaysia dan dijadualkan tiba di Jeddah sekitar 5.50 petang pada hari yang sama,” kata TH dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, TH memaklumkan AMAL by Malaysia Airlines akan membuat penilaian ke atas pesawat sebelum membuat keputusan selanjutnya tentang penerbangan. 

“Sekiranya perlu, semua jemaah akan menginap di hotel sebelum meneruskan perjalanan ke Jeddah.  Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN