Guru wanita maut ditembak ketika pangku bayi berusia dua bulan

Guru wanita maut ditembak ketika pangku bayi berusia dua bulan

EMPAT individu berpakaian seperti wanita berhijab menaiki dua motosikal melarikan diri selepas menyerang anggota polis menyebabkan seorang guru wanita meninggal dunia di Daerah Yarang, Pattani, Thailand.-HSAN ISOC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTANI (THAILAND): Seorang guru wanita maut ditembak ketika sedang memangku bayi lelakinya berusia dua bulan dalam satu serangan bersenjata di hadapan sebuah sekolah di Daerah Yarang di sini, petang semalam.

Kejadian pukul 3.30 petang itu berlaku ketika mangsa Fatimah Yango, 35, bersama bayi dan suami yang merupakan anggota polis berpangkat sarjan sedang
menunggu untuk mengambil seorang lagi anak mereka yang bersekolah di kawasan tersebut.

Tembakan itu menyebabkan Fatimah maut di lokasi, sementara suaminya, Adul Haji Sulong, 38, cedera parah manakala bayi pasangan itu terselamat.

Difahamkan serangan itu disasarkan kepada suaminya yang juga anggota polis.

Jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian Adul yang meletakkan kereta di tepi jalan berhampiran sekolah berkenaan telah didatangi oleh empat individu berpakaian seperti wanita berhijab menaiki dua buah motosikal secara berasingan.

“Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan mangsa sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.

“Tembakan itu turut mengenai Fatimah yang ketika itu sedang memangku bayinya sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Jurucakap itu memberitahu, semakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi turut menunjukkan empat penyerang terbabit menyamar dengan berpakaian seperti wanita berhijab. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN