Guan Eng jangan jadi batu api - Wan Rosdy

Guan Eng jangan jadi batu api – Wan Rosdy

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Penasihat DAP, Lim Guan Eng diingatkan supaya tidak menjadi batu api yang mampu mencetuskan masalah lebih besar apabila menyifatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai rakan yang tidak boleh dipercayai dalam Kerajaan Perpaduan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kenyataan sedemikian tidak membantu malah boleh mengeruhkan keadaan ketika pimpinan BN dan Pakatan Harapan (PH) sedang berusaha mencari penyelesaian terhadap beberapa isu yang timbul kebelakangan ini.

“Saya ingin mengingatkan Guan Eng agar tidak menjadi batu api yang mampu mencetuskan masalah lebih besar. Jika beliau mempunyai pandangan negatif terhadap UMNO dan BN, beliau juga perlu memahami bahawa ramai dalam UMNO dan BN mempunyai pandangan yang sama terhadap beliau.

“Namun demi kestabilan politik dan kepentingan rakyat, semua pihak perlu bertindak matang dan profesional,” katanya dalam kenyataan di sini.

Wan Rosdy berkata, sebagai pemimpin senior, tanggungjawab adalah untuk menyatukan dan memperkukuh Kerajaan Perpaduan, bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan hubungan antara parti-parti dalam kerajaan.

“Rakyat mahukan kestabilan dan penyelesaian bukan pertelingkahan politik yang berpanjangan,” katanya.

Semalam, Guan Eng dilaporkan mendakwa UMNO dan BN sebagai rakan kerjasama yang tidak boleh dipercayai dalam Kerajaan Perpaduan dan menggesa rakyat untuk menolak mereka pada pilihan raya akan datang.

Merujuk percubaan UMNO Negeri Sembilan baru-baru ini untuk menggulingkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, Ahli Parlimen Bagan itu berkata, ia membuktikan gabungan tersebut sanggup mengetepikan kepentingan nasional demi manfaat politik peribadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN