GSF 2.0: 10 rakyat Malaysia dibebaskan

GSF 2.0: 10 rakyat Malaysia dibebaskan

SANI ARABY ABDUL ALIM ARABY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: 10 rakyat Malaysia merupakan antara 186 peserta Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) yang diculik tentera Israel di perairan antarabangsa baru-baru ini telah dibebaskan di Pelabuhan Lerapetra.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby pada sidang media khas perkembangan terkini misi GSF 2.0, malam tadi.

“Setakat ini seramai 175 aktivis kemanusiaan GSF 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia telah dibebaskan dan dibawa ke Lapangan Terbang Heraklion menaiki bas yang disediakan pihak berkuasa Greece.

“Bagaimanapun, dua Ahli Jawatankuasa Induk GSF iaitu Saif Abukeshek dan Thiago Avila masih berada dalam tahanan pihak rejim, dipercayai bertujuan mengugut serta melumpuhkan misi tersebut.

“Pelepasan dari Lapangan Terbang Heraklion dijangka pada pukul 10.15 malam waktu Malaysia dan dijangka tiba di Istanbul pada pukul 11.45 malam waktu Malaysia,” katanya.

Sani Araby berkata, Kerajaan Turkiye menyediakan sebuah pesawat berkapasiti 160 penumpang bagi membawa pulang 20 aktivis kemanusiaan dalam kalangan warganya yang turut ditahan.

Katanya, kerajaan negara itu turut mempelawa aktivis GSF dari negara lain untuk menaiki pesawat berkenaan.

“SNCC telah berhubung dengan Kementerian Luar Malaysia bagi menyelaras urusan perjalanan aktivis Malaysia dari Greece ke Istanbul. Tiga wakil SNCC kini berada di Istanbul untuk pengurusan dan penilaian,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan diterima SNCC, aktivis kemanusiaan GSF berdepan provokasi dan serangan fizikal sepanjang tempoh berada dalam tahanan rejim Israel.

Sepuluh rakyat Malaysia yang ditahan ialah pengasas ZRA Strim, Zainal Rashid Ahmad yang menaiki kapal Arkham III; Mohd. Hanafi Mohd. Salim (Bianca BCN); Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman (Bianca BCN) dan Norhelmi Ab. Ghani (Bianca BCN).

Selain itu, Hazwan Hazim Dermawan (Bianca BCN); Osman Zolkifli (Eros 1); Dr. Jihan Alya Mohd. Nordin (Eros 1); Mohd. Shamsir Mohd. Isa (Esplai II); Mohd. Redzal Amzah (Freia) dan Muhamad Muhsin Zaidi (Marea). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN