TAHUN 2026 menyaksikan dunia semakin terperangkap dalam ketidaktentuan geopolitik yang rencam dan rapuh. Konflik yang berpanjangan serta persaingan kuasa besar menjadikan landskap antarabangsa semakin kompleks. Bagi Malaysia, penglibatan dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bukan lagi sekadar bantuan kemanusiaan, tetapi menjadi satu pernyataan politik yang menghantar seribu makna. Ia adalah manifestasi keberanian negara. Namun lebih daripada itu, ia juga adalah ujian kepada kebijaksanaan strategik negara. Persoalan yang hangat di…










