Gadis ditikam 61 kali penuntut Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Gadis ditikam 61 kali penuntut Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

MUHAMMAD Faris Zulkifly menunjukkan gambar Allahyarham Nurfisya (tengah) ketika ditemui di Unit Forensik HRPZ II, Kota Bharu, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Abang kepada remaja perempuan yang dibunuh dengan 61 tikaman dari muka hingga ke kaki sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh di sini, tidak menyangka suspek dalam kes tersebut sanggup bertindak kejam dengan menikam adiknya tanpa belas kasihan.

Abang sulung mangsa, Muhammad Faris Zulkifly, 21, berkata, keluarganya terkejut menerima panggilan telefon daripada polis pada pukul 12.30 tengah hari semalam sebelum bergegas Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, dari Kuala Kangsar, Perak.

Katanya, dia yang tidak dapat menerima berita tersebut terus bertindak mematikan panggilan telefon dan mendapat maklumat lanjut mengenai kematian Allahyarham Nurfisya selepas membaca berita dalam talian daripada beberapa akhbar.

“Ibu bapa saya lemah selepas mengetahui kejadian ngeri yang menimpa Nurfisya. Tergamak dia tikam adik saya sampai 61 kali. Setahu saya, arwah tiada teman lelaki.

“Kali terakhir saya berjumpa arwah pada Sabtu lalu selepas menghantarnya ke Kolej Pengajian Tinggi Mara (KPTM) Kota Bharu setelah dia tamat bercuti semester ketiga Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di kolej berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik HRPZ II.

Muhammad Faris berkata, ketika berada di Perak, dia sempat memenuhi permintaan Allahyarham Nurfisya, antaranya merakam gambar bersama replika kereta idaman arwah iaitu kereta jenis Mini Cooper.

Katanya, Allahyarham Nurfisya yang merupakan anak kedua daripada empat beradik sudah lama mengimpikan untuk memiliki kereta Mini Cooper dan dia berazam untuk membelinya apabila sudah bekerja nanti..

Terdahulu, polis dilapor menemukan 61 kesan tikaman pada badan seorang wanita yang dipercayai mati dibunuh sebelum mayatnya dibuang di Kampung Simah, Ketereh, semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, maklumat tersebut hasil pemeriksaan awal yang dilakukan oleh pasukan forensik ke atas badan wanita berkenaan bermula dari bahagian muka sehingga kaki.

Katanya, kebanyakan kecederaan itu tertumpu pada bahagian kanan badan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN