PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam perbincangan untuk memperkenalkan mekanisme kutipan daripada levi hiburan bagi membantu memperkukuh dana pembangunan industri filem tempatan. Korea Selatan telah melaksana kutipan levi wajib sebanyak tiga peratus bagi setiap harga tiket pawagam yang disalurkan ke dalam Tabung Pembangunan Filem negara itu bagi menyokong perkembangan industri perfileman tempatan. Jika dipraktikkan, pelaksanaannya dapat menyediakan sumber dana berterusan kepada industri filem tempatan dan memperkukuh daya…










