Dakwaan dana asing, khianat negara: Rafizi Ramli perlu tampil beri penjelasan - NGO

Dakwaan dana asing, khianat negara: Rafizi Ramli perlu tampil beri penjelasan – NGO

SHABUDIN EMBUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Rafizi Ramli perlu tampil menjelaskan dakwaan beliau yang dikaitkan dengan aliran dana asing dan tindakan pengkhianatan terhadap negara.

Pengerusi Biro Politik Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur), Shahbudin Embun berkata, dakwaan itu adalah serius kerana melibatkan dakwaan campur tangan pihak luar dalam kancah politik tempatan dan memberi ancaman kepada kedaulatan negara.

Justeru, beliau mahu pihak polis untuk membuat siasatan segera berdasarkan laporan yang telah dibuat bersama bukti-bukti yang dikemukakan.

“Saya berharap pihak berkuasa dapat menyiasat kerana disyaki terdapat unsur pengkhianatan atau ancaman terhadap keselamatan negara di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

“Tindakan pihak berkuasa adalah penting demi menjaga keselamatan dan kedaulatan Malaysia daripada campur tangan asing,” katanya hari ini.

Semalam, SekPur membuat laporan polis berhubung video tular yang dikaitkan dengan Rafizi Ramli dengan dakwaan pengaliran dana asing melebihi RM1.5 juta daripada organisasi luar negara menerusi sebuah proksi tempatan.

Menurutnya, nama Rafizi didakwa sebagai individu yang didakwa menggunakan dana berkenaan.

“Dana tersebut didakwa digunakan untuk menggerakkan naratif radikal di media sosial dan demonstrasi jalanan atas nama demokrasi serta hak asasi manusia. Tindakan itu dipercayai mempunyai agenda tertentu,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Shabudin yakin pihak berkuasa mempunyai maklumat berhubung dakwaan ini.

“Harap ada pendedahan dan tindakan segera dari pihak keselamatan. Jika terbukti benar, ia adalah ancaman kepada keselamatan dan kedaulatan negara. Justeru, ia perlu ambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang terlibat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN