Bekalan tenaga negara cukup - PM

Bekalan tenaga negara cukup – PM

ANWAR Ibrahim bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Muttaqin Wangsa Melawati. UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri memberi jaminan bekalan tenaga negara mencukupi bagi menampung permintaan sehingga bulan Julai depan.

“Insya-Allah, cukup,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pemberita selepas selesai menunaikan Solat Jumaat di Masjid al-Muttaqin, Wangsa Maju di sini, hari ini. 

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan status keterjaminan bekalan tenaga Malaysia stabil serta mencukupi untuk menampung permintaan sehingga Julai ini.

Menurutnya, kerajaan konsisten mempergiat usaha dalam memastikan keterjaminan bekalan tenaga domestik dapat dijamin sekurang-kurangnya sehingga Disember, susulan daripada krisis bekalan global yang sedang berlaku ketika ini.

“Jadi kita hendak mengurangkan penggunaan dan menjimatkan sebenarnya penggunaan tenaga. Tujuannya supaya kita dapat memanjangkan tempoh hayat bekalan minyak kita, bekalan gas kita. Kalau setakat ini, Insya-Allah keterjaminan bekalan tenaga kita sehingga bulan Julai.

“Petronas sedang bertungkus lumus mendapatkan sumber bekalan, malah terpaksa pergi ke Afrika sekalipun. insya-Allah kita akan dapat keterjaminan bekalan tenaga kita sehingga Disember depan,” katanya.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, krisis tenaga global yang dihadapi ketika ini memberi kesan kepada keseluruhan rantaian ekonomi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN