Bayi perempuan 11 bulan maut selepas terjatuh ke dalam baldi berisi sabun

Bayi perempuan 11 bulan maut selepas terjatuh ke dalam baldi berisi sabun

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan ditemukan telangkup di dalam baldi berisi air di sebuah rumah di Jalan Sri Permata Ladang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 7.22 malam semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dijaga neneknya yang berusia 54 tahun bermula pukul 9 pagi ketika ibu dan bapanya keluar bekerja.

“Pada kira-kira pukul 2.30 petang, mangsa ditidurkan di dalam buaian sementara neneknya memasak dan menjemur pakaian.

“Tidak lama kemudian, wanita itu mendapati mangsa tiada di dalam buaian sebelum mencarinya di sekitar rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Yatim berkata, mangsa kemudian ditemukan dalam keadaan terlangkup selepas dipercayai terjatuh ke dalam sebuah baldi yang mengandungi sedikit air sabun di halaman belakang rumah dengan posisi kepala di bawah.

Katanya, mangsa segera dibawa ke sebuah klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang oleh pegawai perubatan hospital berkenaan,” katanya.

Bedah siasat dijalankan awal pagi tadi, namun punca kematian masih menunggu keputusan siasatan makmal.

“Nenek mangsa juga telah ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN