BALING: Seorang bayi lelaki berusia lima bulan maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori di hadapan simpang Kampung Sadek, Jalan Baru Kulim/Baling/Gerik, di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, ibu bapa mangsa dilaporkan turut mengalami kecederaan. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kematian bayi terbabit dari Hospital Baling pada pukul 12.20 tengah malam tadi. Katanya, mangsa meninggal dunia…










