ARCHIDEX 2026 dijangka diperluas ke Kemboja - Utusan Malaysia

ARCHIDEX 2026 dijangka diperluas ke Kemboja

NGA Kor Ming (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran ARCHIDEX PREVIEW & AREC 2026 yang dianjurkan bersama oleh C.I.S dan Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) sempena Kuala Lumpur Architecture Festival (KLAF) 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pameran seni bina dan bangunan terbesar negara, ARCHIDEX dijangka akan diperluaskan ke pasaran ASEAN dengan sasaran pengembangan ke Kemboja menjelang 2027.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, penganjuran edisi ke-25 itu merupakan yang terbesar dalam sejarah sejak penglibatannya pada 2024, sekali gus membawa industri seni bina Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

“Perjalanan kami bermula pada 2024 dan sejak itu ia terus berkembang semakin kukuh dari tahun ke tahun.

“Saya amat berbesar hati mengumumkan bahawa ARCHIDEX 2026 merupakan penganjuran terbesar setakat ini dengan keluasan 39,000 meter persegi, membabitkan lebih 900 pempamer dan 2,200 reruai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pratonton ARCHIDEX 2026 di sini hari ini yang turut dihadiri Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Ar. IDr. Dexter Koh Yew Peng.

Sementara itu, Presiden C.I.S, Datuk Vincent Lim berkata, penganjuran tahun ini tampil lebih unik dengan pengenalan beberapa segmen baharu termasuk Hospitality Anthology (AHA) yang memfokuskan kepada dialog reka bentuk hospitaliti, peruncitan dan kediaman menerusi Sidang Kemuncak Reka Bentuk Ruang Asia.

Katanya, ARCHIDEX turut memperkenalkan ‘Fenestec’ yang memberi tumpuan kepada sistem tingkap, pintu, kaca dan fasad bagi memperkukuh pengetahuan serta meningkatkan piawaian kejuruteraan dalam industri binaan.

“Satu lagi sorotan utama tahun ini ialah pengenalan ‘Digital at ARCHIDEX’ menerusi SmartText, sebuah pameran bersama dengan Messe Frankfurt yang membawakan kepakaran global dari Jerman untuk memaparkan penyelesaian digital dan teknologi terkini.

“Kerjasama ini membawa kepakaran terkemuka dunia ke rantau ini untuk memperlihatkan inovasi teknologi terbaru bagi industri persekitaran binaan,” katanya.

ARCHIDEX 2026 dijadualkan berlangsung sepenuhnya di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) bermula 29 Julai hingga 1 Ogos depan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN