Dua remaja perempuan dikhuatiri lemas di Kampung Jeram Hulu

Dua remaja perempuan dikhuatiri lemas di Kampung Jeram Hulu

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan operasi mencari dan menyelamat dua remaja perempuan yang hilang dibawa arus ketika mandi Kampung Jeram Hulu, Kuala Terengganu, Terengganu.- UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Dua remaja perempuan dikhuatiri lemas ketika mandi bersama dua lagi rakan mereka di Kampung Jeram Hulu, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.11 petang itu, empat remaja perempuan dilaporkan mandi di Sungai Nerus sebelum dua daripada mereka yang masing-masing berusia 15 tahun hilang dibawa arus.

Dua lagi mangsa bagaimanapun diselamatkan orang awam sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Nerus , Azmi  Omar  berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.11 petang.

Katanya, sepasukan 12 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kuala Terengganu ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat dijalankan di permukaan air bagi mengesan dua mangsa yang masih hilang,” katanya.

Menurutnya, operasi melibatkan penggunaan sebuah jentera LFRT, EMRS dan bot PPDA. Setakat ini identiti pihak berkuasa dalam proses mendapatkan pengesahan identiti mangsa dan operasi mencari serta menyelamat masih diteruskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN