Apa sahaja masalah, kita boleh tahu - Nazia Mustafa - Utusan Malaysia

Apa sahaja masalah, kita boleh tahu – Nazia Mustafa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nazia Mustafa, 44, memaklumkan terpaksa menutup restorannya apabila mendapat tahu anak kepada rakan industri Amyza Aznan, Allahyarham Andre Mikhail meninggal dunia pada 23 Februari lalu.

Menurut Nazia, sebagai sahabat rapat, dia turut merasai pemergian Allahyarham yang menghadap Illahi selepas sekian lama bertarung dengan kenser paru-paru.

“Kami sudah bersahabat agak lama, anak-anak dia baik dengan anak-anak saya.

“Walaupun jarang berjumpa, tapi kami memang akrab. Apa sahaja masalah, kita boleh tahu.

“Bila dapat perkhabaran anaknya meninggal dunia, saya terus tutup restoran. Saya datang, teman dia dari hari meninggal dunia sampai ke masjid,” katanya di restorannya, Rumah Makan Selebriti, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Nazia Memaklumkan Amyza tidak mengadu tentang pemergian anaknya, namun dia tetap mengetahui apa yang terbuku dalam hati wanita itu.

“Dia tidak mengadu, tetapi saya tahu sebab kawan.

“Dalam susah senang, kami ada untuk satu sama lain,” kongsinya.

Dalam pada itu, Nazia mengaku tidak tahu menahu apabila muncul netizen yang mengangkat beliau sebagai teman setia di media sosial.

“Hari raya pertama saya, seorang diri korbankan masa untuk memasak bagi menjamu 100 orang tetamu di majlis tahlil arwah anaknya di Nilai.

“Jadi bila terlalu banyak kerja, saya kurang membuat hantaran dan melihat media sosial.

“Apa yang boleh saya kata, kita adalah itu. Bukan Amyza sahaja, bahkan bagi kawan-kawan tertentu, memang saya sedia membantu,” ujarnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN