Akta Penjagaan Ibu Bapa diwujudkan

Akta Penjagaan Ibu Bapa diwujudkan

AHMAD Zahid Hamidi pada Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara bagi tahu 2026 - 2030 di Pusat Dagangan Dunia, di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewujudkan sebuah akta baharu bagi menjamin kesejahteraan warga emas di negara ini susulan jangkaan Malaysia menuju ke negara tua menjelang tahun 2030.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, akta dikenali sebagai Akta Penjagaan Ibu Bapa itu bertujuan memastikan keselamatan sosial warga emas dan

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diberi masa selama enam bulan untuk menyiapkan dokumen Rang Undang-Undang (RUU) itu.

“Beberapa negara telah melaksanakan undang-undang berkenaan tetapi negara kita masih di dalam peringkat kajian. Saya telah meminta kementerian mengemukakan kertas cadangan kepada pembentukan akta itu, enam bulan dari sekarang.

“Dan mesti kemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan kelulusan dasar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara bagi tahun 2026-2030 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, akta itu akan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa.

Katanya, kerajaan tidak mahu dalam Malaysia menuju ke sebuah negara yang maju, soal tanggungjawab sosial kepada ibu bapa ini diabaikan.

“Nilai-nilai agama dan ketimuran ini kita tidak mahu luntur serta diabaikan sebab harus ada perimbangan di antara nilai-nilai duniawi dengan ukhrawi. Semua bangsa dan agama memberikan penekanan untuk penjagaan ibu bapa walaupun ia mungkin agak berbeza antara satu negara dengan negara lain.

“Nilai-nilai yang penting ini harus dipertingkatkan kerana kita mula melihat pengabaian terhadap inu bapa yang tua. Soal untuk menghantar mereka ke rumah warga emas dan meninggalkannya tanpa melawat adalah satu pelepasan tanggungjawab yang sangat tidak dialukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN