4,622 kenderaan buruk di Kuala Lumpur dilupuskan sejak 2022

4,622 kenderaan buruk di Kuala Lumpur dilupuskan sejak 2022

HANNAH Yeoh (tiga dari kanan) ketika sesi walkabout bagi proses pelupusan kenderaan sempena Lawatan Turun Padang Pelupusan Kenderaan Buruk di Car Medic Semenyih, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH: Sebanyak 4,622 kenderaan buruk dan tersadai dilupuskan menerusi operasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi tempoh 2022 hingga 2025.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 9,411 aduan diterima dengan 4,637 kenderaan ditarik keluar manakala hanya 15 daripadanya dituntut semula pemilik.

Katanya, bagi tahun ini, 1,504 kenderaan berjaya ditarik keluar dan ditempatkan di depo DBKL dengan 367 daripadanya kini dalam proses pelupusan.

“Isu kenderaan tersadai ini bukan isu yang kecil. Ia memberi kesan kepada kehidupan rakyat daripada aspek kebersihan, keselamatan imej bandar hinggalah kepada risiko vandalisme dan pembiakan nyamuk di kawasan perumahan.

“Daripada 9,000 lebih, kita telah selesaikan hampir setengah iaitu sekitar 4,600. Ini bermaksud ada lagi banyak ruang dan kapasiti untuk DBKL dan orang awam mainkan peranan masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar selepas Lawatan Turun Padang Pelupusan Kenderaan Buruk di Car Medic Semenyih di sini, hari ini.

Hannah berkata, orang awam yang mempunyai kenderaan lama dan tidak digunakan digalakkan untuk melupuskannya melalui saluran sah yang disediakan tanpa perlu melalui proses rumit.

“Hasrat kita adalah supaya lebih ramai lagi boleh mengosongkan tempat letak kereta di tempat-tempat awam supaya kita boleh mengatasi masalah pembiakan nyamuk, pembaziran tempat letak kereta dan kawasan perumahan yang tidak teratur.

“Ramai orang tak tahu dan mungkin tiada duit untuk tow truck (trak tunda), selain tak tahu cara. Mereka juga tak tahu mereka boleh dapatkan duit, jadi melalui usaha kita untuk mempromosikan ini kita berharap ramai lagi yang akan keluar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN