360 murid tadika meriahkan simulasi haji cilik

360 murid tadika meriahkan simulasi haji cilik

MURID Tadika Pintar Al-Quran Muip Daerah Kuantan menyertai Program Simulasi Haji Cilik di padang Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang semalam. -UTUSAN/SHEIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Suasana keterujaan mewarnai Program Simulasi Haji Cilik apabila seramai 360 murid berusia lima dan enam tahun daripada empat Tadika Pintar Al-Quran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) berkumpul bagi merasai pengalaman ibadah haji secara praktikal.

Program tahunan yang julung kali dilaksanakan secara gabungan itu melibatkan 58 guru dari Tadika Pintar Al-Quran MUIP Permatang Badak, Indera Mahkota, Batu 3 dan Kubang Buaya, di sini.

Penyelia Tadika Pintar Al-Quran Muip Daerah, Rosnizah Abd. Rahman berkata, pendekatan simulasi dipilih kerana kanak-kanak lebih mudah memahami melalui pengalaman langsung berbanding penerangan teori semata-mata.

“Anak-anak bukan sahaja dapat melihat malah melaksanakan sendiri setiap rukun haji dalam suasana menyeronokkan. Mereka teruja ketika melakukan aktiviti seperti tawaf, saie dan melontar jamrah,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, semalam.

Antara aktiviti dijalankan ialah niat ihram, mengutip batu kecil di Mabit, melontar di tiga jamrah, tahalul, tawaf dan saie yang mana semuanya dilakukan mengikut turutan sebenar ibadah haji.

Guru turut menggunakan kaedah bercerita, nyanyian, demonstrasi dan tayangan video bagi memudahkan murid memahami setiap amalan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN