Pelajar Kolej Tingkatan 6 Seri Lipis santuni Kampung Relong, Lipis

30 pelajar Kolej Tingkatan Enam Seri Lipis berbakti dengan masyarakat Kampung Relong, Lipis

ISHAK Mohamad (duduk, empat dari kanan) bersama penuntut Kolej Kediaman Seri Lipis dan warden bergotong-royong membersihkan masjid di Kampung Relong, Padang Tengku, Lipis, Pahang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 30 orang pelajar prauniversiti serta tujuh orang warden Kolej Tingkatan Enam Seri Lipis menyertai Program Khidmat Masyarakat di Kampung Relong, Padang Tengku, Lipis, Pahang baru-baru ini.

Program turun lapangan selama separuh hari itu melibatkan aktiviti membersih dan menceriakan masjid dan Perpustakaan Desa Kampung Relong.

Ketua program, Muhammad Bukhari Hasnor berkata, aktiviti hujung minggu itu disertai pelajar yang menginap di Kolej Kediaman Seri Lipis merupakan antara beberapa program kemasyarakatan yang dilaksanakan sepanjang tahun di Lipis.

“Sebagai penuntut prauniversiti, aktiviti ini cukup signifikan untuk melihat secara dekat keadaan sosio budaya masyarakat Melayu Kampung Relong antara kawasan petempatan yang tertua di daerah ini dan mempunyai banyak kesan sejarah.

“Aktiviti ini melatih kemahiran memimpin dalam kalangan kami menerusi pertemuan dengan penduduk,” katanya di Kampung Relong, Lipis baru-baru ini.

Pengerusi JPKK Relong, Ishak Mohamad berkata, kehadiran penuntut berkenaan memberikan impak yang baik khususnya memupuk kesedaran pendidikan dan khidmat bakti masyarakat dalam kalangan pelajar.

“Kita berasa seronok bersama ahli Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dan penduduk melaksanakan gotong-royong aktiviti tersebut sehingga selesai dan sempurna,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi JPKK Relong, Ishak Mohamad berkata, kehadiran penuntut Kolej Kediaman Seri Lipis memberikan impak yang baik khususnya meniitip kesedaran mengenai pendidikan dan khidmat bakti masyarakat dalam kalangan pelajar yang tinggal di kampung tersebut.

Ujarnya, JPKK dan penduduk kerap menerima kunjungan penuntut Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Institut Pengajian Tinggi Awam dari luar berkampung di situ untuk melaksanakan program khidmat masyarakat dan bereksplorasi di Gua Bama yang bersejarah terletak di kampung tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN