WTCKL kecoh dengan laungan ‘tangkap Azam Baki’ - Utusan Malaysia

WTCKL kecoh dengan laungan ‘tangkap Azam Baki’

KEKECOHAN yang berlaku ketika Wacana Ilmiah Perdana di Dewan Tun Dr. Ismail, WTCKL hari ini. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suasana Wacana Ilmiah Perdana di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) tegang apabila sekumpulan individu tampil membuat protes.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang tadi, dua lelaki dilihat mengangkat kertas bertulis ‘Tangkap Azam Baki’ dan ‘Azam Baki Simbol Reformati’ ketika ucapan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sedang berlangsung.

Situasi bertambah buruk apabila seorang lelaki berbaju hitam bertulis ‘Pusat Pembangunan Rakyat (Mandiri)’ bertikam lidah dengan pegawai bertugas.

Lelaki itu mempersoalkan tindakan pegawai yang cuba menahannya, selain enggan memberi kerjasama.

“Apa bukti saya terlibat dengan dua individu tadi? Tangkap saya, buktikan saya bersalah. Apa kuasa awak untuk tahan saya?,” katanya sewaktu disoal oleh pegawai terlibat.

Lelaki itu turut menolak pemeriksaan telefon bimbit oleh pegawai bertugas dengan menegaskan haknya.

Katanya, pegawai itu tidak mempunyai sebarang hak untuk memeriksa telefon miliknya.

“Apa hak kamu nak periksa telefon saya,” katanya.

Kesemua individu terlibat kemudiannya ditahan dan diiring keluar dewan oleh pegawai bertugas bagi meredakan keadaan.

Insiden itu berjaya dikawal sepenuhnya dalam tempoh kira-kira 10 minit tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Program Wacana Ilmiah Perdana diteruskan setelah situasi kembali terkawal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN