KOTA KINABALU: Usaha memuktamadkan formula dan jumlah bayaran 40 peratus hasil Persekutuan kepada Sabah akan terus dipergiat walaupun terdapat penangguhan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi berhubung perkara terbabit. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan tersebut tidak seharusnya memperlahankan atau menghentikan usaha sedia ada. Menurutnya, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Malaysia dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah perlu meneruskan proses pengiraan,…










