UOB lancar My Digital Space, lahir modal insan industri perbankan

UOB lancar My Digital Space, lahir modal insan industri perbankan

(From left to right): Ms Ng Wei Wei, Chief Executive Officer, UOB Malaysia, YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor and Ms Janet Young, Head, Group Channels and Digitalisation, Strategic Communications and Brand, UOB Group, at the launch of the UOB My Digital Space (MDS) in Malaysia, as part of its broader commitment to community and talent development.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Syarikat perbankan yang beribu pejabat di Singapura, UOB memainkan peranan aktif dalam membangunkan modal insan dan bakat masa depan melangkau sektor perbankan semata-mata.

Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, Ng Wei Wei berkata, usaha itu dilaksanakan pihaknya menerusi inisiatif ‘UOB My Digital Space (MDS)’.

Katanya, inisiatif itu adalah satu pendidikan bank yang dirancang untuk menggalakkan pemikiran kritis dan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab dalam kalangan pelajar.

“Selain memacu pelaburan ke dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), UOB komited membangunkan bakat yang bersedia menghadapi era digital masa hadapan.

“Kami berbangga untuk melancarkan secara rasmi program pendidikan utama bank ke Malaysia, bermula dengan Johor. Program ini dibentuk untuk membantu pelajar membina kemahiran digital asas, kesedaran teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan keyakinan melalui modul yang berstruktur,” katanya.

Tambah Wei Wei, UOB MDS kini dilaksanakan secara berperingkat merentasi pasaran utama ASEAN dan Greater China, termasuk Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, China dan Hong Kong.

“Ia dijangka akan memanfaatkan lebih 100,000 golongan pelajar serantau, sekali gus membantu merapatkan jurang digital. Di Malaysia, program ini telah berkembang sebagai satu inisiatif berbilang tahun yang memuncak di pelancaran rasminya pada hari ini.

“UOB MDS memberi tumpuan pada penyediaan program pendidikan untuk pelajar berusia antara 10 hingga 16 tahun, selaras dengan objektif negara berkaitan dengan keterangkuman digital dan kesiapsiagaan belia untuk masa depan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN