UM minta maaf isu adegan ranjang dalam persembahan teater

UM minta maaf isu adegan ranjang dalam persembahan teater

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) memohon maaf susulan adegan di ranjang yang tular dalam persembahan teater pada Karnival Teater sehingga menimbulkan kegusaran dan memberi jaminan tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran garis panduan program.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, UM berkata, pihaknya memandang serius terhadap isu tersebut serta mengambil maklum segala kebimbangan dibangkitkan semua pihak.

Katanya, hasil penelitian mendapati adegan dipertontonkan adalah tidak selaras dengan skrip asal yang telah melalui proses tapisan dan jelas merupakan pelanggaran terhadap syarat pertandingan telah ditetapkan.

“Untuk makluman, berdasarkan syarat-syarat umum dan peraturan pertandingan Karnivel Teater Universiti Malaya, setiap persembahan hendaklah bebas daripada unsur negatif, provokasi atau sebarang kandungan yang boleh menjejaskan nilai keagamaan, moral, etika, budaya serta nama baik universiti.

“Sehubungan itu, Universiti Malaya dengan ini memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku serta sebarang kegusaran yang timbul. UM tidak berkompromi terhadap mana-mana pelanggaran garis panduan program atau peraturan yang ditetapkan,” katanya hari ini.

Sebagai hukuman, UM berkata, persembahan teater tersebut telah diputuskan sebagai tidak layak untuk dinilai.

“Tindakan susulan sedang dilaksanakan bagi memperkukuh pemantauan serta memastikan perkara seumpama ini tidak berulang lagi pada masa hadapan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN