Adegan teater tak senonoh: Zambry tunggu penjelasan UM

Adegan teater tak senonoh: Zambry tunggu penjelasan UM

ZAMBRY Abd. Kadir menurunkan tanda tangan atas plak sebagai simbolik Majlis Perasmian Naik Taraf Perpustakaan Digital UoC di Cyberjaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Universiti Malaya (UM) telah diminta memberi penjelasan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung adegan tidak senonoh dalam sebuah persembahan teater yang tular di laman sosial, sejak semalam.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, perkara itu berada dalam pengetahuannya, namun perlu mendapatkan maklumat terperinci sebelum tindakan sepatutnya diambil.

“Tadi saya ada tengok, ada dalam media sosial. Saya akan dapatkan maklumat terlebih dahulu daripada pihak UM. Apapun, saya akan dapatkan (maklumat),” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Naik Taraf Perpustakaan Digital University of Cyberjaya (UoC) di sini, hari ini.

Terdahulu, satu klip video memaparkan seorang lelaki dan wanita melakonkan babak intim di atas pentas tular di media sosial.

Difahamkan, rakaman itu adalah sebahagian daripada pementasan teater yang diadakan di UM.

UM menerusi kenyataan memohon maaf atas kekhilafan serta sebarang kegusaran yang timbul, susulan pementasan teater oleh pasukan teater kolej yang didakwa memaparkan unsur tidak senonoh hingga tular di media sosial.

UM memaklumkan, pihaknya memandang serius perkara itu serta mengambil maklum segala kebimbangan dibangkitkan.

Jelasnya, berdasarkan syarat-syarat umum dan peraturan pertandingan Karnival Teater (Karviter) UM, setiap persembahan perlu bebas daripada unsur negatif, provokasi atau sebarang kandungan yang boleh menjejaskan nilai keagamaan, moral, etika, budaya serta nama baik universiti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN