KOTA BHARU: Pengambilan ubat tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dikenal pasti sebagai punca utama peningkatan kes kegagalan buah pinggang di Kelantan sehingga lebih ramai pesakit terpaksa menjalani rawatan dialisis. Timbalan Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Dr. Rohana Daud berkata, ketika ini kira-kira 2,000 pesakit sedang menjalani dialisis dan jumlah itu dijangka terus meningkat. Menurutnya, hasil kajian mendapati trend pembelian ubat dan produk kesihatan secara dalam talian tanpa…










