Tiada keperluan mendesak untuk bekerja dari rumah - Kon Yeow

Tiada keperluan mendesak untuk bekerja dari rumah – Kon Yeow

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Tidak ada sebarang keperluan yang mendesak untuk melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) kepada penjawat awam di Pulau Pinang buat masa ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan tersebut diambil selepas pihaknya menilai keperluan semasa bagi tujuan itu termasuk dari segi pengoperasian pentadbiran kerajaan dan sebagainya.

“Ada sesetengah jabatan atau agensi kerajaan negeri memang memerlukan kehadiran secara fizikal di pejabat. Jadi, situasi itu mungkin menyukarkan operasi mereka jika dasar tersebut dilaksanakan sepenuhnya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Kerajaan negeri sebelum ini bercadang untuk meneliti terlebih dahulu arahan Kerajaan Persekutuan berhubung pelaksanaan dasar BDR sebelum mempertimbangkan untuk mengambil langkah yang sama di peringkat negeri.

Menurut Kon Yeow, pendekatan bekerja dari rumah bukanlah perkara baharu memandangkan ia pernah dilaksanakan ketika pandemik Covid-19, namun, satu garis panduan yang jelas perlu diperolehi sebelum sebarang dasar berkaitan dibuat.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dalam memastikan agar penyampaian perkhidmatan awam kekal cekap, berkesan dan responsif terhadap keperluan rakyat.

Justeru, Kon Yeow berkata, pihaknya bersedia mempertimbangkan semula kaedah kerja yang sesuai untuk dilaksanakan berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN