Suspek pukul isteri berjaya diberkas di Alor Setar

Suspek pukul isteri berjaya diberkas di Alor Setar

ADZLI ABU SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Suspek yang dipercayai memukul isterinya sehingga kandungan berusia 12 minggu keguguran dalam kejadian di Ambangan Heights berjaya ditahan di Alor Setar, dekat sini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan polis pada petang ini.

“Suspek baru sahaja ditahan dan proses permohonan reman akan dilakukan di Mahkamah Sungai Petani esok,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Adzli enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu dan memaklumkan satu sidang akhbar akan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Alor Setar, esok.

Akhbar ini semalam melaporkan polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang didakwa memukul isterinya yang hamil dalam kejadian di rumah mereka di Ambangan Heights, di sini Khamis lalu.

Mangsa didakwa dipukul menggunakan penyangkut baju, getah paip, batang besi langsir dan batang penyapu selain suspek turut dipercayai melarikan barangan kemas dan wang simpanan berjumlah RM50,000 selepas kejadian itu.

Polis turut mengesahkan suspek merupakan pelaku sama yang terlibat dalam kes memukul isteri ketiganya sehingga koma di Johor, lima tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN