PETALING JAYA: Seorang tahanan reman berkaitan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak diburu selepas meloloskan diri dari Penjara Sungai Buloh, semalam. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, suspek dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, seorang warga Pakistan. Katanya, suspek berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 377C dan 392 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017. “Suspek juga berhadapan dua pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) AKSTKK 2017…









