110 premis haram proses e-waste di Klang digempur

110 premis haram proses e-waste di Klang digempur

e-waste
MOHAMAD Suzrin Mohamad Rodhi (kiri) menunjukkan antara barang dirampas dalam Op Hazad 3.0 (Tangkapan dan Rampasan Sisa Elektronik) dekat Central Industrial Park di Klang, Selangor, semalam.- UTUSAN / M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebanyak 110 premis disyaki menjalankan aktiviti sisa buangan elektronik atau e-waste secara haram yang turut membabitkan 14 kilang haram di sekitar daerah ini, semalam.

Premis yang digempur oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman dalam Operasi (Op) Hazard 3.0 itu turut dilakukan di seluruh negara melibatkan nilai sitaan berjumlah lebih RM55 juta.

Operasi tersebut menyaksikan lebih hampir 400 tan metrik barangan lusuh dirampas termasuk 9.35 tan barangan lain dengan nilai keseluruhan berjumlah RM55,228,165.25.

Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (PGA), Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi berkata, risikan mendapati produk akhir dihasilkan daripada sisa buangan elektronik yang dikitar semula mengandungi logam berharga yang akan diproses akan dihantar ke negara ketiga termasuk China.

“Bahan itu mengandungi elemen bernilai seperti aluminium, timah, tembaga serta emas yang diekstrak daripada komponen elektronik,” katanya kepada pemberita, semalam.

Beliau menambah, susulan rampasan dalam operasi tersebut seramai 729 individu terdiri daripada 154 warga tempatan dan 575 warga asing turut diperiksa.

“Daripada jumlah itu, 205 daripadanya ditahan bagi tindakan lanjut termasuk 100 warga asing yang berada di negara ini secara tidak sah,” katanya jelasnya.

Operasi yang bermula pukul 7 pagi tadi turut disertai 1,611 anggota daripada Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selain briged berkaitan.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) turut mengeluarkan 342 kompaun dengan nilai keseluruhan RM82,450 terhadap premis yang melanggar peraturan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN