Suri rumah didakwa kes pertama babitkan berita palsu harga minyak

Suri rumah didakwa kes pertama babitkan berita palsu harga minyak

TERTUDUH bersama peguamnya selepas keluar dari Mahkamah Sesyen atas pertuduhan sebar berita palsu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang wanita yang juga suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebarkan berita palsu berkaitan kenaikan harga bahan api.

Pertuduhan ini menjadi kes pertama di mahkamah oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkaitan isu berita palsu berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh, Siti Nor Sayikilla Mohd Azhar, 31, menggunakan platform Threads melalui akaun ‘@cek_apple95’ dan telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 4 Jun ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azmir Mohd Razali manakala, tertuduh diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Terdahulu, Mohamad Azmir memohon wang jaminan ditetapkan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin manakala, Muhammad Rafique pula memohon jaminan paling minima diberikan iaitu sebanyak RM500.

Muhammad Rafique berkata, anak guamnya adalah seorang suri rumah dan mempunyai dua orang anak di mana seorang adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan serta suami yang bekerja kampung.

“Sebelum ini, anak guam bekerja sebagai penjaja makanan malah, pernah memohon bantuan zakat tetapi sehingga kini tidak diluluskan. Tertuduh bersama suami turut menanggung abang ipar yang juga OKU,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN