Steven Sim bangga kejayaan Amani dalam SPM walaupun berdepan kesusahan

Steven Sim bangga kejayaan Amani dalam SPM walaupun berdepan kesusahan

STEVEN Sim Chee Keong (kiri) bersama Nurul Amani Zabani (tengah) dan ibunya yang dikenali sebagai Puan Asma ketika ditemui di rumah mereka di Permatang Pauh, Pulau Pinang minggu lepas.-GAMBAR/FACEBOOK STEVEN SIM CHEE KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Cabaran hidup yang terpaksa dilalui oleh Nurul Amani Zabani, 18, bermula apabila bapanya yang bekerja sebagai pemandu lori meninggal dunia akibat penyakit kencing manis kira-kira enam tahun yang lalu.

Sejak itu, satu demi satu dugaan menimpa bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penanti itu yang kini tinggal bersama ibunya yang bekerja sebagai tukang cuci rumah dengan pendapatan yang tidak menentu.

Bagaimanapun, segala pengorbanan dan penat jerih anak tunggal itu berbalas apabila dia berjaya mencatatkan keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu.

Kisah hidup Nurul Amani dikongsikan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dalam satu hantaran Facebook hari ini selepas pemimpin tersebut berpeluang mengunjungi keluarga remaja terbabit yang tinggal di Permatang Pauh, minggu lepas.

Steven yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, beliau sebenarnya telah mengenali Nurul Amani sejak tahun lepas iaitu ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Permatang Pauh pada waktu itu.

“Ketika itu, (Nurul) Amani memberanikan diri tampil ke hadapan dan dengan penuh kejujuran, dia menceritakan kesusahan hidupnya kepada PMX (Perdana Menteri) termasuk tidak mampu untuk membayar kelas belajar motosikal.

“Keluhan itu membuatkan PMX mengarahkan pegawainya untuk pergi ke rumah Amani dan dari situlah juga saya mula mengenali Amani serta mengambilnya sebagai anak angkat agar dia tidak lagi memikirkan tentang soal kewangan untuk belajar, lebih-lebih lagi dia akan mengambil SPM pada tahun itu (tahun lepas),” katanya.

Dalam pada itu, Steven berkata, Amani pernah memberitahu bahawa dia bercita-cita untuk menjadi seorang anggota polis forensik dan memasang impian untuk menyambung pengajiannya di sebuah universiti di China suatu hari nanti.

“Dia (Amani) tidak pernah mengeluh, malah sentiasa berusaha dan berdisiplin. Impiannya tinggi iaitu untuk sambung belajar di matrikulasi atau politeknik. Keinginannya untuk menimba ilmu di universiti luar negara juga adalah bukti bahawa cita-cita itu tidak mengenal batas kemampuan.

“Saya percaya, Amani akan terus melangkah ke hadapan. Dia bukan sekadar anak angkat saya, tetapi, simbol harapan (bahawa) setiap orang berhak mendapat peluang untuk berjaya,” katanya yang turut menghadiahkan remaja itu sebuah komputer riba dalam pertemuan tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN