SPRM anjur Wacana Ilmiah Perdana, usaha pendidikan, pencegahan rasuah

SPRM anjur Wacana Ilmiah Perdana, usaha pendidikan, pencegahan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menganjurkan Wacana Ilmiah Perdana dalam usaha pendidikan dan pencegahan sebagai langkah ke depan dalam isu pembanterasan rasuah.

Menurut Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Hisyam Mohd Yusoff berkata, program julung kali diadakan, esok dijangka dihadiri kira-kira 300 peserta terdiri daripada penguat kuasa, ahli akademik dan pemimpin masyarakat dari sektor kerajaan dan juga swasta.

“Objektif penganjuran wacana ini adalah untuk berbincang peranan pendidikan dalam membentuk generasi berintegriti serta memupuk tanggungjawab sosial terhadap isu rasuah dan salah guna kuasa.

“Wacana ini dilihat berperanan sebagai platform diaolog antara penguat kuasa, ahli akademik dan pemimpin masyarakat untuk memperkukuh nilai integriti dalam sistem pendidikan dan juga tadbir urus negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Hisyam lagi, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dijadual menyampaikan ucaptama, Memperkasa Integriti dan Tadbir Urus Melalui Kepimpinan Beretika (Empowering Integrity and Governance through Ethical Leadership) di World Trade Centre (WTC).

Selain itu, panelis terlibat ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Azmi Kamaruzaman; Naib Canselor, Asia e University, Prof. Dr Noor Raihan Ab. Hamid; Ketua Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, Datuk Seri Rosmamn Mohamed; dan Ahli Parlimen Bentong merangkap Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah; YB Young Syefura Othman.

Wacana ini akan dikendalikan oleh Ahli Lembaga Pengarah, Institut Integriti Malaysia yang juga Pengerusi, Rapid Bus Sdn Bhd, Datuk Seri Mustafar Ali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN