Timbalan Ketua Pengarah JAS didakwa lagi esok

Timbalan Ketua Pengarah JAS didakwa lagi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Dr. Norhazni Mat Sari sekali lagi akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Khas Rasuah Shah Alam esok.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya sudah mendapat izin untuk mendakwa Timbalan Ketua Pengarah JAS esok.

Menurutnya, beliau akan didakwa pada pukul 8.30 pagi.

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Ketua Pengarah JAS didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, atas enam pertuduhan menerima RM21,000 daripada sebuah syarikat pengurusan sisa berjadual, empat tahun lalu.

Norhazni, 59, mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan sebaik ia dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut semua tuduhan, Norhazni sebagai seorang penjawat awam iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS, telah menerima wang itu secara tanpa balasan daripada E-Concern (Borneo) Sdn. Bhd.

Wang berkenaan diterima secara pindahan dalam talian ke akaun bank anak tertuduh, di sebuah bank Cawangan Bukit Bintang, di sini pada 18 April 2022.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman, penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN