SEKOLAH Kebangsaan Jerantut Jaya (SKJJ), Jerantut muncul johan keseluruhan peringkat sekolah rendah dalam Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) 2026 yang diadakan selama dua hari di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tengku Ampuan Hajah Afzan Jerantut, Pahang baru-baru ini.
Bercakap kepada Utusan Pelajar, Guru Besar SKJJ, Jerantut, Jamalludin Baharun berkata, walaupun tidak muncul johan peringkat individu, tetapi kejayaan terukir apabila peserta lelaki menduduki tempat ketiga, keempat dan kesembilan, manakala tempat ketiga, keenam, ketujuh dan kesembilan diraih oleh peserta perempuan di bawah usia 12 tahun.
“Kita berbangga apabila empat orang murid sekolah ini dipilih untuk mewakili MSSD Jerantut ke peringkat Majlis Sukan Sekolah Pahang (MSSP) kejohanan catur tidak lama lagi. Jamalludin yang juga Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Jerantut berkata, pihak sekolah gembira kerana kejayaan yang diperoleh adalah yang pertama.
“Murid yang terpilih mewakili daerah ini, iaitu Mohd Hafizuddin, Mohd Haeem Ayham, Tulasi dan Nur Irna Zulaikha yang memperoleh pencapaian yang membanggakan semasa pertandingan tersebut,” katanya di Jerantut, Pahang baru-baru ini.
Jamalludin yang juga Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Jerantut berkata, pihak sekolah gembira kerana kejayaan yang diperoleh buat pertama kali masing-masing peserta cuma persediaan latihan yang singkat, tetapi mampu bersaing dengan seramai 245 orang peserta dari sekolah lain.
“Kejayaan ini diukir apabila guru pembimbing, Maziah Seman telah bersungguh menumpahkan kemahiran permainan catur semasa aktiviti kokurikulum dan latihan persediaan sehingga murid di sini keseluruhan berjaya dalam pertandingan,” katanya.
Ujarnya, kejayaan itu membolehkan pihak sekolah di bawah Unit Kokurikulum membuat persediaan latihan lebih awal untuk menyertai pertandingan pada tahun depan serta sasaran pencapaian terbaik di peringkat individu.-UTUSAN









