KOTA TINGGI: Keadaan semasa di Lubnan yang menyaksikan berlaku situasi perang antara rejim zionis Israel dan Hezbollah bukan mandat yang diberikan United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) terhadap Anggota Batalion Malaysia (MALBATT). Sehubungan itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) mempertimbang permohonan Malaysia untuk menarik keluar pasukan berkenaan daripada kancah peperangan. “Apabila kita hantar pasukan sertai UNIFIL, tujuannya adalah sebagai pasukan pengaman antara…










