Siti Aisyah teruja tunai haji bersama lima ahli keluarga

Siti Aisyah teruja tunai haji bersama lima ahli keluarga

Mohd. Alham (kiri) melihat anak dan menantunya membuat persiapan bagi menunaikan ibadah fardu haji di rumahnya di Kampung Sentosa, Masai, Johor Bahru. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Impian menunaikan ibadah haji bersama ahli keluarga menjadi kenyataan buat seorang pelukis pelan swasta, Siti Aisyah Mohd. Alham, 31, apabila terpilih menunaikan ibadah haji pada musim 1447H/2026.

Ibu kepada dua cahaya mata ini dijadual berlepas pada 15 Mei ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ke Mekah bersama suaminya, Wan Muhammad Faris Othman, 33, dan ahli keluarga lain termasuk abang, Mohd. Adnen Mohd. Alham, 35, bersama isterinya, Siti Nur Aisyah Ahmad, 36, dan kakaknya, Siti Saodah Mohd. Alham, 36.

Katanya, perasaan terharu dan gembira bercampur sebaik menerima khabar pemilihannya selepas sekian lama menunggu sejak didaftarkan ibu bapanya pada tahun 2009 ketika masih di bangku sekolah rendah.

“Perasaan itu sukar digambarkan, antara gembira, terharu dan sebak. Peluang menunaikan haji bersama keluarga memberi makna lebih mendalam kerana dapat berkongsi pengalaman spiritual yang tidak ternilai selain mengeratkan hubungan kekeluargaan.

“Biasanya ada yang pergi seorang atau berdua, tetapi kami dapat pergi satu keluarga. Pe­rasaan itu lain, lebih bahagia kerana dapat cipta kenangan bersama,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sentosa, Masai, di sini.

Suaminya, Wan Muhammad Faris, mengakui bertuah berpeluang menunaikan ibadah haji bersama isteri setelah mereka menunaikan umrah bersama sekeluarga pada Jun 2023.

“Perasaan berkobar-kobar, dalam masa sama ada sebak dan tidak sangka dipilih. Segala persiapan termasuk ubat-ubatan dan suntikan vaksin juga telah disediakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×