KUALA LUMPUR: Pengusaha bas persiaran kini berdepan tekanan kewangan yang tinggi susulan peningkatan kos operasi akibat kenaikan harga diesel sehingga hanya mampu bertahan dalam tempoh beberapa minggu sahaja. Seorang pengusaha bas, D. Mogan berkata, beban komitmen bulanan yang tinggi termasuk bayaran pinjaman kenderaan menyebabkan mereka berada dalam keadaan terdesak. “Setiap bulan saya perlu membayar kira-kira RM60,000 untuk empat buah bas yang masih dalam pembiayaan. Tetapi pendapatan bulanan tidak sampai RM20,000…










