KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memanjatkan rasa syukur kerana dapat membersihkan namanya daripada kenyataan-kenyataan fitnah yang bertebaran sejak tiga tahun lalu. Ia berkait tuduhan yang mendakwa kononnya berlaku larangan takbir dan bacaan qunut nazilah ketika penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah seluruh negara, pada 2023. Beliau berkata, penghakiman persetujuan di Mahkamah Sesyen hari ini sekaligus menangkis sangkaan buruk terhadap dirinya kerana fitnah itu jelas memberikan kesan besar. “Saya rasa…










