RM100 upah seludup 8.5 tan beras

RM100 upah seludup 8.5 tan beras

ANGGOTA PGA bersama suspek yang ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan beras di Kubang Batang, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Hanya dengan upah RM100, seorang lelaki sanggup menjadi ‘rider’ penyeludup beras sebanyak 8.5 tan bernilai kira-kira RM34,000 menggunakan sebuah lori.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi lelaki berusia 31 tahun ini apabila dia ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira pukul 4.30 petang semalam, di tepi jalan berhampiran Masjid Ar-Rahman, Kubang Batang di sini.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan lanjut ke atas lori dipandu suspek telah menemukan 8.5 tan beras yang cuba di­seludup.

Kata beliau, siasatan awal mendapati suspek mengaku menerima upah RM100 bagi setiap penghantaran barang yang dilakukan mengikut arahan.

“Siasatan lanjut beras tersebut alan dihantar ke kawasan sekitar daerah Besut, Terengganu. Penglibatan lelaki ber­kenaan sebagai penghantar dengan bayaran upah yang rendah menunjukkan kewujudan rangkaian sindiket yang lebih besar dan terancang.

“Kita tidak menolak kemungkinan peranan setiap individu diasingkan bagi mengaburi kegiatan sebenar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Ahmad Radzi memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawalselia Padi dan Beras Negara 1994

Katanya, tindakan pemantau­an dan risikan berterusan serta operasi bersepadu antara agensi berkaitan perlu diper­tingkatkan bagi mengekang aktiviti penyeludupan ini daripada terus berleluasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN