KULAI: Sebuah restoran didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini setelah didapati bersalah mengingkari arahan penutupan premis makanan yang dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan, tahun lalu. Majistret, R. Salini menjatuhkan hukuman denda itu selepas orang kena saman (OKS), Indahpura Third Junction Café menukar pengakuannya kepada bersalah ketika prosiding sebutan semula kes sebelum perbicaraan. Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara empat bulan, sekiranya OKS gagal membayar denda tersebut. Mengikut pertuduhan, OKS…










