Projek BacaBaca manfaat lebih 700murid, kadar literasi meningkat 100%

Projek BacaBaca manfaat lebih 700 murid, kadar literasi meningkat 100%

PROGRAM Projek BacaBaca Celebrates the Transformative Reading Journet of 100 Childrens, di Taylor Lakeside Campus, di sini hari ini. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Projek BacaBaca mencatat pencapaian signifikan apabila berjaya memberi manfaat kepada lebih 700 kanak-kanak.

Sejak 2021, inisiatif ini telah mencatatkan peningkatan kadar literasi sebanyak 100 peratus merangkumi lebih 20 buah sekolah dan pelbagai komuniti termasuk kawasan bandar berpendapatan rendah, komuniti luar bandar, masyarakat Orang Asli serta kanakkanak yang menghidap penyakit kronik.

Sepanjang lima tahun pelaksanaannya, Projek BacaBaca juga berjaya menghimpunkan lebih 500 jurulatih bacaan dalam
usaha memastikan kelangsungan bimbingan literasi yang berkesan kepada kanak-kanak, sekali gus memperkukuh ekosistem sokongan pembelajaran secara berterusan.

Seramai 100 pembaca telah diraikan apabila Projek BacaBaca menghimpunkan kohort 2025 bagi mempamerkan kemajuan
serta ketekunan mereka dalam pembelajaran.

Mewakili pelbagai sekolah dan komuniti, pelajar-pelajar ini menjadi bukti bahawa sokongan yang konsisten mampu
menghasilkan perubahan bermakna apabila digandingkan dengan keazaman.

Inisiatif yang diterajui oleh School of Education di Taylor’s University itu memberi fokus kepada penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam kalangan kanak-kanak berusia enam hingga sembilan tahun.

Majlis tersebut menghimpunkan pelajar bersama jurulatih bacaan, guru serta rakan kerjasama bagi meraikan
pencapaian dalam perjalanan literasi mereka.

Kohort berkenaan melibatkan pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Sunway, SJK (T) Batu Ampat, SJK (T) Effingham, SJK (T) Ladang Sungai Choh dan SJK (T) Vivekananda.

Ketua Projek dan Pensyarah Kanan di Taylor’s University, Hema Letchamanan berkata, projek BacaBaca bermula dengan matlamat yang jelas iaitu memastikan setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang mampu membaca mengikut tahap sepatutnya.

Beliau berkata, sebagai peluasan kepada inisiatif sedia ada, Projek BacaBaca+ diperkenalkan bagi menyokong murid berusia 11 dan 12 tahun dari sekolah rendah Cina dan Tamil dalam mencapai Tahap Penguasaan (TP4 hingga TP6) bagi Bahasa Melayu.

Katanya, program itu dilaksanakan secara bersemuka dalam kumpulan kecil, sekali gus membantu melancarkan peralihan
murid ke sekolah menengah di samping memperkukuh penguasaan bahasa kebangsaan.

“Projek BacaBaca telah berkembang menjadi usaha kolektif melibatkan pendidik, rakan kerjasama dan komuniti yang berkongsi aspirasi untuk memberi permulaan terbaik kepada kanak-kanak.

“Apabila seseorang kanakkanak mampu membaca dengan yakin, ia membuka peluang yang lebih luas dalam pembelajaran dan masa depan mereka.

“Selain pencapaian akademik, peningkatan kemahiran membaca turut menyumbang kepada pembentukan keyakinan diri,
sifat ingin tahu serta amalan pembelajaran kendiri,” katanya pada Majlis Sambutan 100 Pembaca Projek BacaBaca di Taylor’s University, baru-baru ini yang turut dihadiri Dr. Rusmini Ku Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum) daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

TRANSFORMATIVE Reading Journet of 100 Childrens, di Taylor Lakeside Campus, di sini hari ini. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Mengulas lanjut, Hema berkata, perbezaan dalam pendedahan awal kanak-kanak, termasuk akses terhad kepada prasekolah serta jurang sosioekonomi, menyebabkan murid bermula pada tahap yang berbeza.

Katanya, jika perkara tersebut tidak ditangani, ia akan mewujudkan jurang pembelajaran yang semakin melebar dalam
kalangan murid.

“Projek BacaBaca memberi tumpuan kepada kanak-kanak berusia enam hingga sembilan tahun iaitu fasa kritikal
apabila murid beralih daripada ‘belajar membaca’ kepada ‘membaca untuk belajar’.

“Intervensi program ini dilaksanakan melalui penilaian diagnostik, bimbingan satu lawan satu serta pemantauan berterusan dalam tempoh enam hingga lapan bulan berteraskan tiga prinsip utama iaitu ketepatan, konsistensi dan perkembangan.

“Kita bermula daripada tahap sebenar kanak-kanak, bukan berdasarkan umur tetapi keupayaan membaca mereka,”
katanya.

Sementara itu, jurulatih Projek BacaBaca, Manissa Lee berkata, proses pemilihan calon jurulatih melibatkan sesi latihan serta melalui modul yang disediakan.

“Pendekatan mengajar kumpulan kecil ini penting kerana pelajar sebelum ini berada dalam kelas besar dan sukar mendapat perhatian serta tumpuan daripada guru.

“Sesi pembelajaran tidak terikat sepenuhnya kepada modul, sebaliknya jurulatih diberi ruang menggunakan kreativiti masingmasing termasuk melalui lakonan peranan, permainan, aktiviti interaktif dan lukisan.

“Pendekatan tersebut membantu murid mengaitkan pembelajaran dengan situasi harian, sekali gus meningkatkan
pemahaman serta minat untuk terus belajar,” katanya.

Sophia Irine Anak Bong Yong Hui dari SK Bandar Sunway, 12, pula berkata, pada peringkat awal dirinya berdepan kesukaran untuk membaca dalam bahasa Melayu.

Katanya, pendekatan pembelajaran yang berperingkat dalam program itu banyak membantunya untuk memberi tumpuan dengan lebih baik.

“Mula-mula saya susah nak baca, tetapi lama-kelamaan saya boleh membaca sejak menyertai Projek BacaBaca.

“Saya menyertai program itu sejak Tahun Lima selepas menghadapi kesukaran memahami perkataan dan bacaan asas,” katanya.

Projek BacaBaca kini telah memulakan fasa pelaksanaan bagi tahun 2026 dan mengalu-alukan penyertaan sukarelawan dari pelbagai lapisan masyarakat untuk berperanan sebagai jurulatih bacaan demi memperluas impak pendidikan
kepada lebih ramai kanak-kanak.

Berikut pautan pendaftaran bagi mereka yang berminat untuk menyertai Projek BacaBaca sebagai jurulatih membaca: (

Morning Eileen, here is the registration link for those interested to join Projek BacaBaca as a reading coach: (https://forms.gle/Wu7iqjKYfKWasHjy6) – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN