PETALING JAYA: Kertas siasatan membabitkan kejadian anak pelakon Ako Mustapha yang didakwa menjadi mangsa buli di sekolahnya telah dibuka.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan siasatan sedang dijalankan
“Kita telah buka kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan pelakon, Ako Mustapha mendakwa anak lelakinya, Mika, menjadi mangsa buli sejak setahun di sekolah.
Ako berkata, sebelum ini, mereka hanya merosakkan barangan anaknya sahaja tetapi tahun ini dia mula perasan perubahan anaknya yang seperti tidak suka ke sekolah. – UTUSAN










