Polis serbu tiga premis simpan produk sejuk beku seludup

Polis serbu tiga premis simpan produk sejuk beku seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menyerbu tidak premis di sekitar Taman usahawan Kepong di sini, kerana disyaki menyimpan produk sejuk beku secara haram.

Serbuan dibuat melalui Op Chiller Taring oleh  Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Operasi turut disertai Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Komander WCB/PSK JKDNKA Bukit Aman, Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, serbuan dijalankan ekoran aduan dan risikan mengesyaki tiga premis terbabit menyimpan produk sejuk beku seludup.

Beliau berkata, serbuan di premis pertama menemukan sejumlah besar produk babi sejuk beku dipercayai dibawa masuk secara haram untuk bekalan peniaga makanan sekitar ibu kota.

“Pemeriksaan mendapati premis ini beroperasi secara sah, dan kita menjalankan semakan lanjut ke atas produk babi sejuk beku yang disimpan di premis terbabit,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Zaki, seramai tujuh individu turut ditahan termasuk tiga pekerja warga asing kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.

Beliau berkata, dalam pemeriksaan di premis lain, pihaknya menemukan pelbagai produk sejuk beku termasuk, babi sejuk beku dan siasatan lanjut sedang dibuat oleh DVS bagi mengenal pasti status produk.

“Dalam satu lagi serbuan, KPDN menemui kira-kira 40 kotak minyak masak yang disimpan tanpa kebenaran.

“Premis berkenaan didapati tidak mempunyai lesen perniagaan dan mendakwa beroperasi kira-kira dua tahun,” katanya.

Beliau memberitahu, premis berkenaan telah diarah tutup operasi oleh DBKL mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta Undang-undang Kecil 3(1) Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 kerana beroperasi secara haram.

“Dalam pemeriksaan di premis ketiga pula, kita menemui sejumlah produk itik sejuk beku disyaki diseludup dari China.

“Soal siasat lanjut sedang dijalankan ke atas pemilik perniagaan terbabit termasuk sumber produk diperoleh,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 3, Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Siasatan turut membabitkan Seksyen 5(1) Akta Binatang 1953 kerana mengimport produk sejuk beku dari negara yang dilarang serta kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN