Polis Kelantan lumpuhkan sindiket 'love scam' sasar lelaki Singapura - Utusan Malaysia

Polis Kelantan lumpuhkan sindiket ‘love scam’ sasar lelaki Singapura

MOHD. Yusoff Mamat (kiri) menunjukkan individu yang ditangkap berkait kes ‘love scam’ dalam serbuan di Tanah Merah, Kelantan semalam.-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Polis Kelantan melumpuhkan sindiket ‘love scam’ yang menyasarkan warga lelaki Singapura sebagai mangsa selepas menyerbu di sebuah resort di sini semalam.

Serbuan pukul 4.30 petang hasil maklumat risikan itu membawa kepada tangkapan 58 individu yang terdiri daripada warga tempatan, China, Myanmar, India dan Pakistan masing-masing berusia antara 20 hingga 30-an.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan awal sindiket tersebut dipercayai beroperasi hampir sebulan lalu itu menjadikan resort tersebut sebagai pusat operasi.

Katanya, sindiket menggunakan modus operandi memperdayakan emosi dan kepercayaan mangsa untuk mengaut keuntungan dengan mengaut keuntungan dengan menyamar sebagai wanita Indonesia.

“Hasil siasatan mendapati sindiket ini dikendalikan oleh tiga orang penyelia bersama 55 operasi yang menjalankan kegiatan setiap hari bermula 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

“Sindiket ini turut menggunakan enam router berkapisiti tinggi bagi memastikan capaian internet berkelajuan tinggi sekali gus sukan untuk dikesan,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, serbuan itu turut merampas 46 unit komputer, komputer riba (5), telefon bimbit pelbagai jenis (118) dan router (8).

Katanya, anggaran keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM179,000.

“Kesemua suspek direman telah direman bermula hari ini membantu siasatan mengikut Seksyen 420/120 (B) Kanun Keseksaan.

“Hasil semakan mendapati 33 memiliki dokumen sah dan 25 lagi tidak mempunyai dokumen yang lengkap,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN