Matlamat untuk memperkasakan lagi pembangunan usahawan tempatan dan merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Manis menjadi kenyataan buat Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir setelah diberi mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 tahun lalu. Pengalaman luas dalam sektor awam dan swasta terutamanya dalam menerajui beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menjadikan Pengiran Saifuddin mampu melihat potensi ekonomi yang pelbagai…










