Penggunaan biodiesel B15 dilaksana berfasa, tidak jejaskan operasi sedia ada

Penggunaan biodiesel B15 dilaksana berfasa, tidak jejaskan operasi sedia ada

AKMAL NASRULLAH MOHD NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelaksanaan kadar adunan biodiesel B15 akan dilaksanakan secara berperingkat bagi mengelakkan gangguan terhadap operasi sedia ada industri.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, pendekatan progresif itu penting memandangkan aspek operasi, khususnya di pusat adunan (blending) perlu disusun dengan teliti tanpa menjejaskan rantaian bekalan semasa.

“Sekiranya penyusunan operasi di pusat adunan dapat dilakukan tanpa melibatkan penaiktarafan infrastruktur, kadar adunan boleh ditingkatkan daripada B10 kepada B15.

“Namun, pelaksanaannya perlu dibuat secara berperingkat bagi memastikan operasi sedia ada tidak terganggu,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Projek Inisiatif Pendapatan Rakyat–Usahawan Tani (IPR-INTAN) Putrajaya di sini, hari ini.

Menurutnya, bagi mencapai tahap campuran lebih tinggi seperti B20 dan B30, pelaburan serta peningkatan infrastruktur masih diperlukan.

Dalam pada itu, beliau bersama Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad akan mengadakan lawatan ke sebuah fasiliti di Pelabuhan Klang esok bagi menilai kesiapsiagaan pengeluaran biodiesel.

Difahamkan premis berkenaan ialah KL-Kepong Oleomas Sdn. Bhd. (KLKOM), sebuah syarikat pengilangan oleokimia berpangkalan di Malaysia.

KLKOM merupakan sebahagian daripada divisyen KLK OLEO di bawah Kumpulan Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK), antara syarikat perladangan terbesar di dunia.

Sebelum ini, kerajaan bersetuju meningkatkan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 secara berperingkat bermula dengan B12 tanpa melibatkan kos tambahan, susulan perkembangan krisis di Asia Barat bertujuan menjamin ketersediaan bekalan diesel negara bagi tempoh lebih panjang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN