PETALING JAYA: Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian semula kuota 300 liter petrol RON95 kepada pengamal media berdaftar bagi melancarkan tugas liputan di lapangan. GKMM berkata, keputusan menghadkan kuota kepada 200 liter sebulan di bawah inisiatif BUDI RON95 kini menimbulkan cabaran besar kepada wartawan, jurugambar dan juruvideo khususnya yang bertugas di luar bandar. Menurut gabungan itu, pengamal media terpaksa menempuh perjalanan jauh dan berulang-alik ke lokasi liputan…










